Pendidikan telah mengatakan bahawa pengajaran yang berasaskan teknik

Pendidikanmerupakan elemen yang penting dalam pembangunan bangsa dan masyarakat dalamsesebuah negara. Ini adalah kerana sistem pendidikan yang baik dan sistematik telah melahirkan generasimuda yang berpengetahuan tinggi serta dilengkapi dengan pelbagai jeniskemahiran yang berlainan.

Menurut penerangan yang diberikan Abdul Rahim Abd. Rashid (2000), pemahaman dan minatmerupakan kekunci utama dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalamkelas. Ini adalah kerana ia dapat menjamin keberkesanan proses penghantaraninformasi daripada guru kepada murid.

 Corak pengajaranyang diaplikasikan oleh guru adalah cukup penting untuk menjejaskankeberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Salah satu kaedah pengajaran yang sesuai dan dicadangkanoleh Abdul Rahim Abd. Rashid (2000) telah diaplikasikan di dalam kelasterutamanya dalam proses pembelajaran dan pengajaran Matematik ialah pendekatanpembelajaran berasaskan VAKT. Beliau juga mengatakan bahawa teknik VAKT merupakansuatu pendekatan pengajaran yang berasaskan empat elemen yang utama iaitupenglihatan (Visual), pendengaran (Audio), pergerakan (Kinesthetic) dansentuhan (tactile). Keterangan ini  1turut dipersetujuioleh Boon Poon Ying (2008)  dan beliau telah mengatakan bahawapengajaran yangberasaskan teknik VAKT  adalah bertujuanuntuk mempertingkatkan minat murid serta pemahaman mereka dalam sesi pengajarandi dalam kelas.  Menurut salahseorang pakar pendidikan iaitu Abd. Rahim Abd Rashid (2010), teknik VAKT boleh ditakrifkansebagai sejenis kaedah pengajaran yang menggunakan prinsip “rangsangan” dalam pembelajaran di manarangsangan ke atas beberapa deria yang sensitif telah mengukuhkan pembelajaran.

Secara langsung, pendekatan pembelajaran yang berasaskan VAKT ini jugatelah memainkan peranan yang penting dalam aspek melibatkan murid secara aktifdalam seluruh proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Contohnya,murid boleh merasai alat bantuan pengajaran dengan menggunakan deria sepertisentuhan dan penglihatan. Pada masa yang sama, Abd.Rahman Aroff ( 2010) juga berpendapat bahawapembelajaran berasaskan teknik VAKT juga merupakan antara faktor yang utamauntuk mengelakkan murid berasa bosan semasa proses pembelajaran mata pelajaranseperti Sains dan Matematik dijalankan. Teknik VAKT dapat menarik minat muriduntuk belajar.            21.1             PERNYATAAN  MASALAH  KAJIANSecara lazimnya,kemahiran mengira merupakan salah satu elemen yang begitu penting danditekankan dalam metodologi pengajaran pada hari ini.

Best services for writing your paper according to Trustpilot

Premium Partner
From $18.00 per page
4,8 / 5
4,80
Writers Experience
4,80
Delivery
4,90
Support
4,70
Price
Recommended Service
From $13.90 per page
4,6 / 5
4,70
Writers Experience
4,70
Delivery
4,60
Support
4,60
Price
From $20.00 per page
4,5 / 5
4,80
Writers Experience
4,50
Delivery
4,40
Support
4,10
Price
* All Partners were chosen among 50+ writing services by our Customer Satisfaction Team

Ini adalah kerana ilmupengetahuan dalam Matematik seperti topik wang dalam sekolah rendah merupakankemahiran yang sangat penting di mana perlulah dikuasai oleh seseorang individudalam kehidupan harian. Terdapat pelbagai jenis kaedah pembelajaran yang bolehdigunakan untuk mengajar mata pelajaran Matematik di peringkat sekolah rendah.            Penyediaanpelbagai jenis aktiviti yang berkaitan di dalam kelas adalah penting untukmenarik perhatian murid di dalam kelas supaya terus memberikan perhatian didalam kelas. Ini adalah kerana murid-murid pada masa sekarang gagal memberikantumpuan yang baik sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran. Keadaan menjadilebih serious pada 30 minit selepas kelas bermula. Konsentrasi murid-murid mulatelah menurun.

Sehubungan dengan itu, prestasi akademik murid terutamanya dalammata pelajaran Matematik akan terjejas. Secara langsung, ia juga telahmemberikan impak terhadap penguasaan kemahiran mengira dan Matematik diperingkat sekolah menengah.Ia merupakan suatu masalah yang serious danperlulah  mendapatkan penyelesaian yangsewajarnya sejak peringkat sekolah rendah tersebut.            Sebelum pengenalan kepada pendekatan teknik VAKT,pendekatan pengajaran tradisional adalah digunakan di sekolah kajian ini.Menurut Bloom (1980), pengajaran tradisionalmerupakan cara pengajaran yang berpusatkan guru dan murid hanya mendengarsahaja. Dalam proses pengajaran ini, tiada alat bantuan digunakan dan kebanyakkanguru akan mengajar di depan kelas sahaja. Murid-murid tidak mengambil 3bahagian secara aktif di dalam kelas.

Ini telah menyebabkan seluruhproses pembelajaran danpengajaran menjadi sangat bosan dantidak menarik. Akan tetapi, proses pengajaran yang berdasarkan teknikVAKT merupakan satu kaedah pembelajaran yang lebih berfokus terhadap penguasaanobjektif pembelajaran kalangan muridd. Dalam teknik yang baru ini, semua murid diberikanpeluang untuk mendedahkan diri terhadap empat proses yang penting dalampembelajaran. Keempat- empat empat proses yang dimaksudkan adalah termasuklah  penglihatan (Visual), pendengaran (Audio),pergerakan (Kinesthetic) dan sentuhan (tactile)                41.2             OBJEKTIF KAJIANObjektif  umum ialah mengenalpasti keberkesanan teknik VAKT dalam meningkatkanpencapaian mata pelajaran Matematik murid-murid murid Tahap 2 di Daerah Kanowit Secarakeseluruhannya, kajian yang dilakukan ini adalah untuk mencapai objektif-objektif khusus yang berikut: a.       Mengenalpasti perbezaan signifikan darimin skor persepsi murid terhadap pembelajaran mata pelajaran Matematik antarakumpulan murid yang mengikut teknik VAKT dengan kumpulan yang mengikutpembelajaran tradisional.  b.      Mengenalpasti perbezaan signifikan darisegi min skor pencapaian murid – murid dalam mata pelajaran Matematik antarakumpulan yang mengikuti kaedah VAKT dengan murid – murid yang mengikutpembelajaran tradisional           51.

3             PERSOALAN  KAJIANSejajar denganobjektif kajian yang telah ditetapkan, tiga soalan kajian yang utama juga telahditetapkan dan seperti yang disenaraikan berikut:Adakah terdapat perbezaan signifikan dari min skor persepsi murid terhadap mata pelajaran matematik antara kumpulan murid yang mengikuti teknik VAKT  dengan kumpulan yang mengikuti pembelajaran tradisional? b.     Adakah terdapat perbezaan signifikan dari segi min skor pencapaianmurid-murid dalam matapelajaran matematik antara murd-murid yang mengikutikaedah VAKT dengan murid-murid yang mengikuti pembelajaran tradisional?              61.4             HIPOTESIS  KAJIAN Lazimnya,hipotesis kajian juga telah ditentukan dan disenaraikan seperti di bawahsebelum menjalankan proses kajian tersebut. Untuk tujuan itu, hipotesis nol  yang dijangka oleh pengkaji:H01: Tiada perbezaan signifikan dari min skor persepsi murid terhadap mata pelajaran matematik antara kumpulan murid yang mengikuti teknik VAKT  dengan kumpulan yang mengikuti pembelajaran tradisional. H02: Tiada  perbezaan signifikan dari segi  min skor pencapaian  murid-murid dalam matapelajaran matematik antara murd-murid yang mengikuti kaedah VAKT dengan murid-murid yang mengikuti pembelajaran tradisional.

             71.5             KEPENTINGAN  KAJIANSesungguhnya,kajian yang telah dilakukan ini adalah sangat penting untuk mempertingkatkankeberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran Matematik diperingkat sekolah rendah terutamanya dalam kalangan murid- murid Tahap 2 diDaerah Kanowit. Keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran ini telahdinilai dari segi tahap penguasaan murid serta pencapaian objektif pembelajarandan minat murid dalam mata pelajaran Matematik ini.  (A) PengkajiUntuk pengkaji,hasil kajian ini adalah cukup penting untuk menilai keberkesanan prosespengajaran yang berdasarkan pendekatan pembelajaran berasaskan teknik VAKTdalam mata pelajaran Matematik di kalangan murid Tahap 2 di Daerah Kanowit. Ia jugadapat menilai sejauh mana pencapaian objektif pembelajaran tercapai. Pada masayang sama, pengkaji telah menggunakan keputusan kajian ini sebagai rujukanuntuk meningkatkan tahap kualiti dan keberkesanan proses pengajaran danpembelajaran  untuk mata pelajaranMatematik di masa hadapan.

 (B)   Guru MatematikPada masa yangsama, dapatan kajian ini juga telah dijadikan sebagai sebagai panduan yangberguna kepada guru Matematik yang lain di sekolah. Hasil kajian ini telah memberikanpanduan kepada semua guru yang mengajar Matematik supaya dapatmengimplementasikan unsur-unsur kreativiti seperti yang ditekankan dalampendekatan pembelajaran berasaskan VAKT di dalam proses pengajaran danpembelajaran mata  8pelajaranMatematik di dalam kelas. Oleh itu, keberkesanan proses pembelajaran danpengajaran guru Matematik ini dapat dipertingkatkan.  1.6             BATASAN  KAJIANKajian inidihadkan kepada pembelajaran murid yang melibatkan murid- murid di peringkatTahap 2 sahaja.  Sampel kajian initerbatas kepada murid di tiga buah sekolah rendah di kawasan daerah Kanowit danhasilnya cuma melibatkan 60 orang murid sahaja. Maka, sampel kajian yangdigunakan mungkin tidak cukup banyak untuk memberikan generasi yang baik.

 Kajian dijalankan iniadalah di sekolah kawasan Kanowit sahaja di mana ia tidak dapat mencerminkankeadan sebenar untuk semua murid sekolah rendah (Tahap 2) dalam prosespembelajaran untuk mata pelajaran Matematik tersebut.            91.7             DEFINISI  OPERASIONALUntuk memastikankajian yang dijalankan lebih difahami oleh semua pihak, pelbagai istilah yangberkenaan telah dijelaskan dalam bahagian ini. (A) KeberkesananMenurut tafsirandaripada Kamus Dewan (2012),  keberkesanan adalah merujuk kepada perubahan dalamsesuatu tindakan. Keberkesanan dalam kajian ini membawa perubahan sikap danpemahaman serta pencapaian objektif murid. Menurut Boon Poon Ying (2008)keberkesanan sesuatu kurikulum dapat dinilai berdasarkan objektif pendidikan,metodologi yang diguna, berasaskan falsafah pendidikan supaya dapat membawa perubahankepada pelajar dalam pembelajaran. (B) PembelajaranMenurut takrifandaripada Carlson (2017),  proses pembelajaran adalah merujuk kepada perubahantingkahlaku individu yang dihasilkan oleh pengalaman dan alam sekitarnya.

  Pada masa yang sama, Abdul Rahim Abd. Rashid(2010) telah menjelaskan pembelajaran sebagai satu proses di mana seseorangmurid atau individu memperolehi maklumat serta kemahiran baru yang telah digunakandi masa hadapan.       10(C) PemahamanTafsiran yangdiberikan oleh Kamus Dewan (2012) telah menyatakan bahawa istilah pemahamanadalah merujuk kepada kecekapan atau keupayaan yang dicapai dalam sesuatubidang.  Pemahaman dalam kajian ini bolehdirujuk kepada skor gred yang dicapai oleh murid dalam ujian pra dan ujian pos. (D)   PersepsiMenurut RohaniNasir (1981)persepsi telah wujud apabila sedar tentang kecenderungan terhadap pembelajaranMatematik. Ia juga boleh bermaksud tahap kecenderungan seseorang individu dalampembelajaran Matematik tanpa paksaan daripada mana-mana pihak luar.  (E) PencapaianHasan Hamzah (1997) telah menjelaskan bahawa pencapaianadalah apa yang telah dicapai (dihasilkan atau diperolehi).

  Dalam kajian ini pencapaian murid merujukkepada markah ujian dalam mata pelajaran Matematik. (F) Teknik Pengajaran VAKTBoon Poon Ying(2008) telah  mengatakan bahawa teknikVAKT merupakan suatu teknik pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan empatproses yang utama iaitu penglihatan (Visual), pendengaran (Audio), pergerakan(Kinesthetic) dan sentuhan (tactile).  111.9       RUMUSANSecarakesimpulannya, proses pembelajaran dan pengajaran di sekolah bukanlan sesuatuperkara yang mudah. Kebanyakan murid adalah gagal untuk mengimaginasikan konsepMatematik yang diajarkan oleh guru di dalam kelas.

Oleh itu, Kurikulumpendidikan Matematik sangat mementingkan perlibatan murid dalam prosespembelajaran dan pengajaran di dalam kelas. Untuk itu, salah satu kaedahpengajaran yang mana berdasarkan VAKT telah dipilih untuk mengkajikeberkesanannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran dalam mata pelajaranMatematik untuk murid- murid Tahap 2 di kawasan Kanowit.